Dua kedai makan kotor di Kota Bharu diarah tutup -

Dua kedai makan kotor di Kota Bharu diarah tutup

ANGGOTA penguat kuasa JKNK membuat pemeriksaan tahap kebersihan premis di sekitar Kota Bharu, Kelantan semalam.UTUSAN/IHSAN JKNK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua buah kedai makan di sini diarahkan untuk tutup selama 14 hari selepas didapati tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, premis tersebut didapati tidak menepati kriteria semasa pihaknya menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 08/2022 yang dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan jabatan tersebut semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu, sebanyak 50 buah premis makanan di Bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Jalan Bayam dan Jalan Kuala Krai yang menjadi tempat tumpuan orang ramai telah diperiksa.

“Dua premis terbabit diarahkan untuk tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan.

“Selain itu, sebanyak 116 notis kompaun dikeluarkan oleh JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan bagi meningkatkan tahap kebersihan di gerai mereka.

Katanya, JKNK sentiasa komited terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan makanan yang disediakan adalah selamat untuk pelanggan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya