Jelas Ahmad Zahid, ahli-ahli politik yang menerima sumbangan itu

Derma politik RM6 juta untuk ahli politik, tidak semestinya untuk parti – Zahid

AHMAD Zahid hadir ke kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sesi soal balas melibatkan wang sumbangan politik RM6 juta yang diterimanya daripada Sarana Kencana Sdn. Bhd. -UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa wang sumbangan politik RM6 juta yang diterimanya boleh didepositkan kepada mana-mana akaun peribadi ahli politik atau pemegang amanah. 

Jelas Ahmad Zahid, ahli-ahli politik yang menerima sumbangan itu pula mempunyai budi bicara memasukkannya ke dalam akaun peribadi atau mana-mana akaun yang difikirkan sesuai. 

Bagaimanapun, daripada berbuat demikian, wang derma itu dikreditkan ke dalam akaun Lewis & Co, sebuah firma guaman yang menguruskan akaun Yayasan Akal Budi yang ditubuhkan oleh Ahmad Zahid. 

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, wang berkenaan tidak semestinya diserahkan ke akaun parti UMNO atau Barisan Nasional (BN) kerana meskipun wang itu adalah sumbangan politik, ia  memerlukan nama rasmi parti atas cek tersebut. 

“Mana-mana ahli politik yang dapat sumbangan begitu, ia tidak dimasukkan pada parti itu sebab ahli politik mempunyai kawasan yang diwakilinya atau memainkan jawatan di peringkat nasional. 

“Dalam kes ini, saya ketika itu menjalankan tugas tugas timbalan presiden parti, maka, wang itu biarpun bagi maksud politik, tetapi saya tidak gunakan untuk tujuan politik dan tidak gunakan untuk tujuan peribadi sebaliknya disalurkan untuk amal jariah, waqaf dan aktiviti keagamaan,” katanya sewaktu disoal balas oleh  Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob

Terdahulu, Abdul Malik bertanyakan mengenai cek yang diberikan kepadanya sebagai sumbangan politik daripada syarikat Sarana Kencana Sdn. Bhd untuk membekalkan cip pasport. 

Abdul Malik: Saya mahu pastikan, maknanya jumlah wang ini tidak ada mana-mana bahagian diserahkan kepada UMNO atau BN? 

Ahmad Zahid: Ini untuk sumbangan politik, untuk ahli politik. 

Abdul Malik: Jadi, sumbangan sebenar adalah ahli politik iaitu Datuk Seri bukannya sumbangan politik kepada ahli politik? 

Ahmad Zahid: Tidak, tidak, tidak. Kalau sumbangan untuk parti, pasti ditulis terus pada parti politik berkenaan. 

Abdul Malik: Jadi sumbangan ini adalah sumbangan kepada ahli politik iaitu Datuk Seri? 

Ahmad Zahid: Mana-mana ahli politik.

Pada Mei lalu, Ahmad Zahid menegaskan RM6 juta yang diterima melalui dua keping cek daripada Sarana Kencana bukan rasuah atau upah kerana melantik syarikat itu untuk membekalkan cip pasport.

Bagaimanapun, beliau dalam pembelaannya berkata, cek tersebut merupakan derma politik yang diberikan kepadanya sewaktu menyandang jawatan menteri dalam negeri. 

Ahmad Zahid didakwa atas lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya