“Datuk Seri sihat, Alhamdulilah,”- Rosmah - Utusan Malaysia

“Datuk Seri sihat, Alhamdulilah,”- Rosmah

ROSMAH Mansor ketika pulang selepas memberi sokongan kepada suaminya yang menghadiri perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan baik dan sihat. 

Rosmah ketika ditemui berkata, beliau berterima kasih kepada penyokong suaminya kerana hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini bagi mengikuti perkembangan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tak ada apa….Datuk Seri sihat, Alhamdulilah.Terima kasih atas sokongan semua,” katanya ringkas. 

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan mengenai keadaan bekas pemimpin itu sebelum meninggalkan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.39 petang tadi. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya