PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,078 kes berbanding kelmarin, 2,464 kes sekali gus diatasi 3,290 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 457 kes diikuti Selangor (427), Sabah (210), Perak (160), Johor (112) dan Negeri Sembilan (111).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kelantan (93), Pinang Pinang (91), Melaka (88), Kedah (81), Sarawak (78), Putrajaya (55), Terengganu (52), Pahang (51), Perlis (10) dan Labuan sebanyak dua kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 409 orang berbanding kelmarin, 426 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 69 kes bersamaan jumlah kelmarin.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 33 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 37 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,066 kluster.
Satu kluster baharu melibatkan kumpulan berisiko tinggi, Kluster Jalan Besar Tanjung 3 dengan tujuh kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 10 kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,155 kes.
Manakala, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,681 kes. –UTUSAN ONLINE