Covid-19; Kes positif menurun; 5 negeri catat kes tiga angka -

Covid-19; Kes positif menurun; 5 negeri catat kes tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,191 kes berbanding kelmarin, 2,491 kes sekali gus diatasi 3,796 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 720 kes diikuti Kuala Lumpur (398), Sabah (212), Perak (180) dan Negeri Sembilan (119).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Johor sebanyak 87 kes, Pinang Pinang (83), Melaka (79), Kedah (78), Sarawak (54), Kelantan (53), Terengganu (48), Pahang (48), Putrajaya (20), Perlis (8) dan Labuan sebanyak empat kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 368 orang berbanding kelmarin, 404 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 73 kes berbanding jumlah kelmarin, 72 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 48 kes berbanding jumlah kelmarin, 49 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 31 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,066 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan dua kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,198 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,694 kes. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya