PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,334 kes berbanding kelmarin, 3,943 kes sekali gus diatasi 5,082 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,830 kes diikuti Kuala Lumpur (829), Sabah (328), Perak (284), Melaka (167), Pinang Pinang (134), Sarawak (152), Negeri Sembilan (119), Putrajaya (104), Kedah (101) dan Johor sebanyak 82 kes.
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pahang (74), Kelantan (64), Terengganu (44), Labuan (sembilan) dan Perlis sebanyak 13 kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 520 orang berbanding kelmarin, 544 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 68 kes berbanding jumlah kelmarin, 66 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 44 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 26 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,051 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 10 kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,080 kes.
Manakala satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,669 kes. –UTUSAN ONLINE