PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,206 kes berbanding kelmarin, 2,636 kes sekali gus diatasi 2,180 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,092 kes diikuti Kuala Lumpur (583), Sabah (297), Perak (236), Negeri Sembilan (186), Sarawak (119), Melaka (114), Kedah (110) dan Johor (104).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pinang Pinang (93), Kelantan (87), Pahang (62), Putrajaya (58), Terengganu (44), Perlis (12) dan Labuan, sembilan kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 440 orang berbanding kelmarin, 463 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 69 kes berbanding jumlah kelmarin, 67 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 42 kes berbanding jumlah kelmarin, 36 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 33 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,066 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, 11 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,185 kes.
Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,690 kes. –UTUSAN