Covid-19: Kes positif kekal melebihi 4,000 biarpun menurun  - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif kekal melebihi 4,000 biarpun menurun 

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,413 kes berbanding kelmarin, 5,330 kes sekali gus mengatasi 3,394 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,344 kes diikuti  Selangor (1,129), Perak (327), Sabah (281), Negeri Sembilan (263), Pulau Pinang (230), Melaka (159), Kedah (123) dan Sarawak sebanyak 107 kes.

Ini diikuti Johor (95), Kelantan (93), Putrajaya (90), Pahang (89), Terengganu (48), Perlis (21) dan Labuan sebanyak 14 kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 532 orang berbanding kelmarin, 555 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 52 kes bersamaan jumlah kelmarin, 49 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 32 kes berbanding jumlah kelmarin, 34 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 20 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,043 kluster.

Satu kluster baharu itu adalah Kluster Industri Jalan Sungai 2 melibatkan kategori tempat kerja di Hulu Langat, Selangor dengan 10 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,003 kes. 

Manakala, empat kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,651 kes. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya