PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,798 kes berbanding kelmarin, 3,490 kes sekali gus diatasi 4,669 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 836 kes diikuti Kuala Lumpur (570), Sabah (262), Perak (222), Negeri Sembilan (161), Melaka (129) dan Pinang Pinang (111).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Putrajaya (94), Sarawak (90), Kedah (86), Johor (78), Pahang (74), Kelantan (37), Terengganu (34), Perlis (9) dan Labuan, lima kes.
Pesakit Covid-19 yang dimasukan ke hospital seramai 432 orang berbanding kelmarin, 445 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 65 kes berbanding jumlah kelmarin, 75 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes.- UTUSAN