Belia jangan mudah terpengaruh 'penjajahan' bentuk baharu - Utusan Malaysia

Belia jangan mudah terpengaruh ‘penjajahan’ bentuk baharu

Mohd. Hairi Mad Shah bersama pelajar dan pensyarah mengibarkan bendera Jalur Gemilang selepas memotong kek sempena majlis perasmian Program Ambang Kemerdekaan Peringkat Kolej Kemahiran Johor di Kolej Kemahiran Johor Ungku Mohsin, Johor Bahru disini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Golongan muda diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan ‘penjajahan‘ baharu ekoran perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), khususnya media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berharap, generasi muda menghayati erti kemerdekaan sebenar dan mempertahankannya yang diperjuangkan oleh pemimpin dan rakyat terdahulu.

Menurutnya, makna sebenar kemerdekaan bukan sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 negara, saya mengajak para pelajar bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia mampu menaikkan semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

“Generasi muda kini berdepan dengan ancaman penjajahan bentuk baharu, terutamanya dari segi pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini,” katanya semasa merasmikan Program Ambang Kemerdekaan Peringkat Kolej Kemahiran Johor di Ungku Mohsin, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Yayasan Pendidikan Johor (KPYPJ), Abu Bakar Mohamed Salleh; Pengurus Besar KPYPJ, Husaini Mokhlas@Hashim dan Ketua Eksekutif Kolej Kemahiran Johor, Shaiful Huzaini Damanhuri.

Mohd. Hairi turut mengingkatkan para belia dan pelajar supaya menyemak semula semua maklumat yang diterima sebelum membuat keputusan secara terburu-buru.

Terdahulu, dalam ucapannya Mohd. Hairi mengajak generasi muda dan golongan mahasiswa memupuk, membina dan menggerakkan kesedaran tentang kepentingan memahami sejarah dan memperhebatkan lagi budaya ilmu dalam masyarakat,” katanya.

Program tersebut diserikan dengan pelbagai acara, antaranya pertunjukan fesyen kemerdekaan, deklamasi sajak, koir kemerdekaan dan nyanyian lagu patriotik. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya