Babi sesat rempuh masuk Hospital Sik - Utusan Malaysia

Babi sesat rempuh masuk Hospital Sik

SEEKOR babi yang merempuh pintu kaca sebuah pejabat di Hospital Sik, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Suasana di Hospital Sik, di sini gempar seketika apabila seekor babi yang sesat, merempuh masuk ke dalam pejabat hospital tersebut, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, haiwan itu yang seakan-akan hilang arah, tiba-tiba muncul dalam kawasan hospital kira-kira pukul 1.55 petang.

Menurutnya, haiwan liar itu terus merempuh ke dalam pejabat Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) hingga menyebabkan kakitangan dan pekerja yang berada di situ terkejut.

“Rempuhan tersebut mengakibatkan dua pintu kaca di pejabat tersebut pecah. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada mana-mana individu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Dr. Othman, berikutan kejadian itu, pihak hospital menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap haiwan berkenaan.

“Begitu pun belum sempat bomba sampai, babi hutan berkenaan terlebih dahulu keluar dan lari dari situ,” katanya.

Kejadian itu turut tular dalam media sosial hingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya