Arul Kanda tidak tahu Nazlan terlibat - Utusan Malaysia

Arul Kanda tidak tahu Nazlan terlibat

ARUL Kanda Kandasamy keluar daripada Komoleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas selesai memberi keterangan dalam perbicaraan kes meminda laporan 1MDB bagi mengelakkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenakan tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi atau pengetahuan secara langsung mengenai penglibatan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dalam pemberian pinjaman bernilai RM4.17 bilion daripada Maybank kepada syarikat itu.

Ini kerana, sepanjang Arul Kanda mengendalikan syarikat pelaburan strategik negara itu, beliau hanya berurusan dengan peguam Maybank bernama Dalvin Kaur atau turut dikenali sebagai Molly.

Tambahnya, segala urusan berkaitan pinjaman tersebut akan membabitkan dirinya dengan seorang pegawai Maybank bernama Micheal Oh-Lau yang bertugas di bahagian pinjaman komersial bank itu.

Ketika disoal oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi pendakwaan ke-15 itu memberitahu, beliau mengetahui peguam Kumpulan Maybank ketika itu bernama Nazlan tetapi beliau tidak pernah berhubung secara terus atau berjumpa dengan individu berkenaan.

Muhammad Shafee: Adakah namanya, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali?
Arul Kanda: Ya.

Mohamad Nazlan merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar dan memutuskan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. Beliau kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan membabitkan Mohd. Nazlan menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kaitan antara jawatan Mohd. Nazlan sebelum ini sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank yang boleh menyebabkan berat sebelah terhadap perayu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya