Anak-anak Najib teruskan perjuangan bapa mereka, BN - Utusan Malaysia

Anak-anak Najib teruskan perjuangan bapa mereka, BN

najib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dia sentiasa tenang walaupun dalam kesusahan.”

Demikian kenyataan ringkas Norashman Najib yang merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan semalam.

Norashman menerusi aplikasi Instagram Story memuat naik posting gambarnya bersama bapa dan kakaknya, Nooryana Najwa Najib dengan kapsyen tersebut.

Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menerusi platform sama, menerusi akaun peribadinya, Nooryana Najwa pula berkata, bapanya sempat berpesan supaya dia dan keluarganya meneruskan perjuangan mereka.

“Kata-kata terakhir beliau kepada kami sekeluarga dan penyokong rapat adalah ‘perjuangan kami, kita teruskan’. Kita akan buat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk BN, UMNO dan rakyat.

“Mari kita menyokong satu sama lain dan teruskan bekerja kerana dia (Najib) bergantung pada kita semua untuk menjadi versi ‘Bossku’ kita tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba untuk mendapatkan respon daripada peguam bela Najib, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun beliau mengatakan dirinya tidak boleh memberikan sebarang komen.

“Saya minta maaf, tetapi, saya tidak sepatutnya memberikan komen kepada pihak media. Saya harap kamu faham,” katanya ringkas. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya