PUTRAJAYA: Seramai sembilan bayi bertuah yang dilahirkan bersempena tarikh bersejarah negara pada 31 Ogos diraikan Hospital Putrajaya hari ini.
Bayi merdeka pertama dilahirkan pada pukul 1.03 pagi dan setakat 12 tengah hari tadi, seramai lima bayi dan empat lelaki dilahirkan pada Hari Kebangsaan ke-65.
Menurut kenyataan Hospital Putrajaya, majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Putrajaya, B. Anthony Dinesh bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainul dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Putrajaya, Azian Alias.
Ibu bapa bertuah itu menerima sumbangan barangan keperluan bayi dan kanak-kanak kepada ibu bapa yang menyambut kelahiran anggota keluarga baharu yang bergelar bayi Merdeka. –UTUSAN