Najib masih di mahkamah - Utusan Malaysia

Najib masih di mahkamah

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pada ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi berada di dewan mahkamah.

Beliau dilihat sedang duduk di kandang tertuduh sambil ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa dan Norashman.

Turut kelihatan di dewan mahkamah sekarang ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Rosmah dilihat mengesat matanya namun beliau ditenangkan oleh Najib yang senyum dalam kepedihan.

Mahkamah kini sedang mengeluarkan waran pengkomitan bagi membolehkan Najib dibawa ke penjara.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan dibawa ke Penjara Satelit bagi penyaringan Covid-19 atau ke penjara. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya