5,000 pemilik kereta kompak sertai Super K-Car Ganu -

5,000 pemilik kereta kompak sertai Super K-Car Ganu

SEBAHAGIAN daripada kereta kompak yang menyertai program Super K-Car Ganu 2022 di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Lebih 5,000 pemilik kereta kompak dari seluruh negara memeriahkan program Super K-Car Ganu 2022 di Dataran Jambatan Angkat di sini, hari ini.

Pengurus program, Mohd. Amri Sulaiman, berkata, selain peserta dari dalam negara, peminat kereta kompak dari Brunei dan Thailand turut hadir pada program satu hari itu.

Menurutnya, ini adalah program berskala besar yang pertama kali dianjurkan selepas kali terakhir pada 2019 di Sendayan, Negeri Sembilan melibatkan penyertaan 3,000 buah kereta.

“Sambutan diterima adalah di luar jangkaan dan saya tak sangka program ini boleh ‘meletup’ walaupun venue ditukar daripada Dataran Shahbandar ke sini di saat-saat akhir.

“Melalui program ini, kita boleh lihat kereta kompak masih relevan dan mempunyai peminat tersendiri terdiri daripada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.

“Selain berkumpul dan menggayakan kereta masing-masing, turut diadakan adalah gerai jualan, cabutan bertuah dan pertandingan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Antara kereta kompak yang menyertai program Super K-Car Ganu 2022 itu adalah Perodua jenis Kancil, Viva, Kelisa dan  Myvi.

Salah seorang peserta, Rosli Ali, 62, dari Kuantan, berkata, dia membelanjakan hampir RM50,000 untuk kereta Perodua Kancil miliknya yang berusia lebih 20 tahun.

Menurut bekas pekerja swasta itu, enjin berharga RM15,000 merupakan komponen paling mahal yang pernah dibelinya selain pelbagai aksesori lain yang kebanyakannya diimport dari Jepun.

“Sebelum ‘bermain’ kereta saya tidak pernah keluar jauh dari tempat tinggal, namun, sejak saya aktif dengan kelab kereta, saya sudah menjelajah ke seluruh negara.

“Selain berkenalan dengan orang baharu, saya juga dapat mengunjungi tempat-tempat menarik dari utara ke selatan negara dengan hanya menaiki Perodua Kancil ini,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya