5 pemuda nyaris maut kereta terjunam ke dalam gaung - Utusan Malaysia

5 pemuda nyaris maut kereta terjunam ke dalam gaung

SERAMAI lima lelaki cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di kawasan berhampiran Titi Kerawang, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai lima lelaki cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di kawasan berhampiran Titi Kerawang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kereta jenis Proton Saga yang dinaiki lima mangsa berusia antara 20 hingga 21 tahun berkenaan terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga.

”Terdapat lima mangsa lelaki di dalam kenderaan tersebut dan kesemua mereka cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hafiz berkata, komander operasi membuat ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Kesemua mangsa telah berjaya dinaikkan ke kawasan yang selamat dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pukul 4.44 petang,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya