400 ekor anak penyu dilepas di Pantai Rantau Abang -

400 ekor anak penyu dilepas di Pantai Rantau Abang

ROSLI Mat Hassan (barisan depan, tiga kiri) bersama Din Adam (barisan depan, empat kiri) melepaskan anak penyu agar sempena sambutan 100 tahun Gerakan Koperasi dan Hari Kebangsaan Ke-65 di Pantai Rantau Abang, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak 400 ekor anak penyu agar dilepaskan oleh Institut Koperasi Malaysia sempena sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi dan Hari Kebangsaan Ke-65 di Pantai Rantau Abang, di sini, hari ini.  

Pengerusi Institut Koperasi Malaysia, Datuk  Rosli Mat Hassan berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dungun itu merupakan salah satu inisiatif yang diambil bagi membantu memulihara reptilia marin yang diancam kepupusan itu.  

“Ini merupakan satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan kami memilih penyu kerana haiwan ini adalah ikon bagi negeri Terengganu. 

“Jika kita tidak mulakan usaha memelihara dan memulihara reptilia marin ini, mungkin satu hari nanti, penyu akan pupus dan generasi akan datang tidak dapat mengenali penyu,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Anak Penyu di Pantai Rantau Abang, di sini, hari ini.  

Program tersebut disertai kira-kira 50 peserta termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk kampung.  

Menurutnya, anak penyu yang dilepaskan merupakan hasil penetasan yang dilakukan Jabatan Perikanan. 

“Kita juga memilih untuk melepaskan penyu di Rantau Abang dengan harapan lokasi ini kembali menjadi tumpuan pendaratan penyu seperti era tahun 80 an,” ujarnya. 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dungun, Datuk Din Adam berkata, selain aktiviti pelepasan anak penyu, pihaknya turut mengadakan aktiviti pembersihan di Pantai Pelanduk, Kuala Abang yang disertai kira-kira 100 peserta. 

“Selain itu, kita turut mengagihkan bantuan bakul makanan beserta wang tunai kepada 50 keluarga asnaf di daerah ini,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya