32 tahun pesara tentera jual roti canai 50 sen - Utusan Malaysia

32 tahun pesara tentera jual roti canai 50 sen

MD. Kamil Abdullah melayan menyiapkan tempahan roti canai murah di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. -UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Bekas anggota tentera Kor Armor Diraja (KAD) ‘kental’ menjual roti canai dengan harga 50 sen sejak 32 tahun lalu meskipun sering berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu di sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Md. Kamil Abdullah, 64, berkata, keputusannya untuk terus ‘berjuang’ menjual roti canai pada harga tersebut sebagai tanda perkongsian rezeki dengan penduduk setempat yang rata-rata berpendapatan rendah.

Menurutnya, langkah tersebut merupakan salah satu bentuk ‘saham’ akhirat dan amal jariah buat kedua-dua orang tuanya yang sudah meninggal dunia.

“Saiz roti canai kosong ini sama seperti dahulu dan tidak pernah berubah walaupun harga bahan mentah naik. Setiap hari saya mampu menjual kira-kira 800 hingga 1,000 biji roti canai sehari.

“Selain itu, saya turut menghasilkan martabak yang dijual pada harga RM3. Setiap hari saya mampu menjual sekitar 300 biji setiap hari. Alhamdulillah, hasil keuntungan jualan ini sudah memadai untuk menampung pembelian bahan mentah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Md. Kamil memberitahu, berikutan harga paling murah ditawarkan dia terpaksa mendapatkan bantuan anaknya untuk sama-sama menebar roti dan menghasilkan roti canai menggunakan dua kuali bagi memenuhi tempahan.

Katanya, rata-rata pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat malah dari seluruh Pasir Putih termasuklah pengunjung yang masuk ke kawasan rekreasi Air Terjun Jeram Pasu dan ibu bapa yang menghantar anak mereka di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.

“Selain itu, ada juga yang membuat tempahan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz sekitar jajahan ini.

“Kedai saya dibuka seawal pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam dan tutup pada haro Selasa,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya