20 nelayan pesisir tempatan ditahan tangkap siput retak seribu -

20 nelayan pesisir tempatan ditahan tangkap siput retak seribu

NURULHISYAM Yaakob (kiri) dan Sufian Ahmad menanam pokok sempena program konservasi marin 'Save Our Sea' di Dataran Kurong Tengar, Kuala Perlis, Perlis hari ini. - UTUSAN/SYED AZLAN HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 20 tangkapan dilakukan Jabatan Perikanan negeri kerana kesalahan menangkap siput retak seribu secara tidak sah di perairan negeri ini sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan negeri, Nurulhisyam Yaakob berkata, semua tangkapan itu melibatkan lima perahu yang mempunyai lesen menangkap ikan, manakala selebihnya tidak memiliki lesen.

Katanya, buat masa ini, Jabatan Perikanan negeri tidak mengeluarkan sebarang lesen, namun, beliau menggesa komuniti nelayan memohon lesen menangkap siput retak seribu.

“Saya meminta semua komuniti nelayan berbincang dengan baik dan memohon lesen daripada Jabatan Perikanan dan kita akan meluluskan permohonan tersebut.

“Perlis mempunyai aset siput retak seribu yang bernilai jutaan ringgit dan jika dibiarkan begitu sahaja siput tersebut akan mati begitu sahaja dan pada masa yang sama akan berlaku pencemaran di laut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program konservasi marin ‘Save Our Sea’ di sini hari ini.

Tambahnya, tangkapan siput retak seribu adalah bermusim dan jika dilakukan mengikut kaedah yang betul, ia tidak akan menjejaskan populasi hidupan laut.

Katanya, Jabatan Perikanan akan meneliti kaedah-kaedah dan penggunaan peralatan yang betul bagi membolehkan tangkapan ikan dilakukan tidak menjejaskan ekosistem dan kemandirian hidupan marin.

Sekiranya pemberian lesen diberikan, ia mampu membantu meningkatkan ekonomi komuniti nelayan selaon mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan aktiviti jenayah maritim lain,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya