Warga emas meninggal dunia di pusat hemodialisis - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia di pusat hemodialisis

KEADAAN mayat Lim Tong Sang yang meninggal dunia di sebuah pusat hemodialisis di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang lelaki warga emas tidak sempat menjalani rawatan dialisis apabila dia meninggal dunia ketika tiba di sebuah pusat hemodialisis di Kampung Seberang Takir di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi, mangsa, Lim Tong Sang, 73, yang datang ke pusat hemodialisis berkenaan seorang diri, tiba-tiba rebah sebaik keluar dari kenderaan dipandunya.

Menurut rakan mangsa, Chong Yean Kam, 56, mendiang menetap di Kampung Pulai Baru, Tepoh sejak lebih 30 tahun lalu manakala ahli keluarga dan anak-anaknya berada di Yong Peng, Johor.

“Dia menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2019 dan menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu. Itu sudah menjadi rutinnya dan hari ini sepatutnya rawatan pertama minggu ini.

“Sebelum ini, dia sering berulang-alik ke Johor untuk bertemu keluarga, namun, sejak diserang penyakit ini dan perlu menjalani rawatan dialisis, dia sudah jarang balik ke sana.

“Rumah sewanya terletak bersebelahan dengan bengkel saya. Jadi, kami agak rapat dan kejadian ini sudah dimaklumkan kepada keluarga mendiang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya