Waran tangkap Emilia batal

Waran tangkap Emilia batal

Emilia Hanafi (kanan) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam untuk mengikuti kes perbicaraan. – UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sakit gigi antara alasan Emilia Hanafi tidak dapat mengikuti perbicaraan kes pukul membabitkan bekas suaminya, Pengerusi Eksekutif Naza World, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nadia Othman yang berpuas hati setelah mendengar penjelasan itu kemudian membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Emilia sebelum ini dan mengarahkan perbicaraan kes tersebut diteruskan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kehadiran semua pihak adalah dituntut bagi memastikan proses perbicaraan berjalan lancar dan masalah kesihatan bukanlah ‘tiket’ untuk tidak hadir ke mahkamah melainkan terdapat sijil cuti sakit (MC) yang diperakukan.

“Saya tidak mahu kes ini ditangguh sebab kalau ikut rekod saya ada 38 sebutan untuk kes ini sahaja. Ini adalah kes mahkamah anda, jadi, anda kena bersedia dan hadir. Faham?

“Saya tidak mahu menerima penjelasan bukan-bukan selepas ini. Saya mahu ingatkan apa-apa komunikasi, maklumkan kepada pihak pendakwaan, bukan mana-mana pihak,” tegasnya.

Terdahulu, ketika memberikan penjelasan di kandang saksi, Emilia memberitahu, dia tidak dapat hadir perbicaraan atas masalah kesihatan.

Pada 14 dan 15 Disember 2021, Emilia berkata, dia sakit selain didorong tekanan pera­saan akibat waran tangkap dari Mahkamah Syariah berhubung kes berlainan.

Ini mengakibatkan dia masuk angin, muntah, cirit-birit dan mendapatkan sijil cuti sakit daripada pegawai perubatan klinik kesihatan kerajaan di Kelana Jaya dan Kota Damansara.

Jelas Emilia, pada 28 Februari 2020, dia demam dan selesema seterusnya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, manakala 4 Mac pula didapati kontak rapat Co­vid-19.

“Pada 20 April, gigi saya sakit, berlubang, bernanah dan terkena jangkitan. Saya ke klinik pergigian di UTC Shah Alam dan dinasihatkan membuat rawatan akar atau mencabut gigi kerana keadaan gigi saya sudah tidak dapat diselamatkan.

“Pada 20 Mei, saya mendapatkan pandangan kedua daripada pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Tanglin.

“Pada 15 Jun, saya pergi UTC Shah Alam, dan diberitahu tidak perlu cabut gigi dan bertahan. Saya pergi berjumpa pakar di Shah Alam dan dapatkan rawatan tetapi gigi masih bengkak. Jadi, apabila datang ke mahkamah saya rasa tertekan. Tetapi sekarang rasa lega,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya