Tuanku Muhriz berkenaan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir - Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz berkenaan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berangkat menunaikan solat sunar Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah hati ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat  menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, di sini pagi tadi.

Berangkat sama, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. 

Tuanku Muhriz tiba di masjid kira-kira pukul 8.40 pagi sebelum bertakbir raya dan menunaikan solat Aidiladha bersama 1,500 jemaah yang dipimpin Imam Eksekutif Masjid Diraja Tuanku Munawir, Abdul Rahman Ibrahim.

Abdul Rahman selepas itu turut menyampaikan khutbah yang bertajuk Pengorbanan Utama Dalam Syariat.

Baginda kemudiannya turut berkenan berangkat menyaksikan acara ibadat korban membabitkan empat ekor lembu di Istana Besar Seri Menanti.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya