PETALING JAYA: UMNO dan Kabinet tidak mengetahui dan dimaklumkan berhubung perjanjian persefahaman yang dikatakan dimeterai antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum pembentukan kerajaan baharu pada Ogos tahun lalu. Para pemimpin UMNO dan anggota Kabinet daripada parti itu ketika dihubungi mengakui tidak menyedari kewujudan perjanjian dan butirannya yang dikatakan dimeterai antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri bagi menyokong Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri. Antara kandungan perjanjian itu adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang akan diserahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya