Tindakan pantas bomba selamatkan pasar raya - Utusan Malaysia

Tindakan pantas bomba selamatkan pasar raya

SEBUAH pasar raya mengalami kerosakkan sehingga 12 peratus dalam kejadian kebakaran di Balok, Kuantan, Pahang. - FOTO MEDIA SOSIAL FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah pasar raya di Balok di sini mengalami kerosakan dianggarkan kira-kira 12 peratus dalam kejadian kebakaran, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai empat pegawai dan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dan Kuantan dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.15 pagi.

“Sebanyak empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima. 

“Ketika operasi kebakaran dijalankan, tidak ada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, Zulfadli berkata operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh kira-kira 30 minit dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya