THR mampu hentikan tabiat merokok

THR mampu hentikan tabiat merokok

KAJIAN mendapati lebih 50,000 perokok dilaporkan berjaya berhenti merokok dengan bantuan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 89 peratus rakyat Malaysia percaya kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (THR) mampu membantu menghentikan tabiat merokok dalam kalangan perokok.

Badan pemikir bukan kerajaan, Datametrics Research and Information Sdn. Bhd. (Dare) berkata, penemuan itu hasil kajian dilakukan oleh TGZ terhadap responden dalam kalangan perokok dan bukan perokok.

Pengarah Urusan Dare, Pankaj Kumar berkata, daripada jumlah itu, seramai 77 peratus bersetuju yang vape merupakan alternatif praktikal sebagai pengganti rokok sekali gus membantu perokok mengurangkan dan akhirnya berhenti daripada aktiviti berkenaan.

Katanya, vape merupakan antara kaedah THR selain tembakau tanpa asap dan beg nikotin.

KOS RAWATAN

Malah, kaedah berkenaan dalam masa sama mampu membantu kerajaan mengurangkan kos rawatan penyakit yang disebabkan rokok.

“Walaupun 71 peratus responden mengakui sukar untuk berhenti merokok, namun dua pertiga daripadanya yakin vape membantu mereka berhenti mahu pun mengurangkan tabiat berkenaan.

“Malah, menurut responden, vape juga merupakan yang paling praktikal berbanding pendekatan lain,” katanya dalam laporan itu.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira lapan juta kematian direkodkan di dunia berpunca akibat rokok sama ada barah, penyakit kardiovaskular, strok dan lain-lain berkaitan kulit serta gusi.

Pankaj berkata, penggunaan vape dikenal pasti 95 peratus kurang mudarat berbanding rokok tradisional berdasarkan kajian yang dilakukan oleh agensi kesihatan awam, Public Health England.
Di samping itu, katanya, le­bih 50,000 perokok dilaporkan berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia memerlukan strategi tepat termasuk peraturan dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi vape sebagai produk yang dapat mengurangkan kemudaratan seperti mana langkah yang dilaksanakan di New Zealand dan Singapura.

Menurutnya, kerangka peraturan mesti ditentukan dengan baik di samping mengambil kira manfaat kesihatan awam.

“New Zealand merupakan antara negara di dunia yang terbuka menerima e-rokok dan mempromosikan peranti itu sebagai satu cara untuk rakyatnya berhenti merokok,” katanya.

Baru-baru ini, Kabinet meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) kawalan tembakau dan merokok yang melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk berkaitan rokok termasuk jenis elektronik bagi generasi muda yang lahir selepas 2007.

Polisi dikenali sebagai Gene­rational End Game (Generasi Penamat) itu telah dibentang di Parlimen, namun, langkah drastik yang diambil itu mencetuskan seribu satu persoalan mengenai keberkesanannya terutama dalam beberapa situasi terkini di negara ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya