Terusan Semarak 'meriah' dengan sampah, semak - Utusan Malaysia

Terusan Semarak ‘meriah’ dengan sampah, semak

KEADAAN pinggir Terusan Semerak yang semakin terbiar dan dipenuhi dengan semak-samun di Tok Bali, Pasir Puteh, hari ini. -UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Terusan Semarak di Tok Bali yang sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai berkelah kini berubah apabila banyak timbunan sampah dan semak-samun sekali gus menyakitkan mata.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sampah-sarap dibuang merata-rata selain semak-samun tidak ditebas seolah-olah tiada pengawasan pihak berkenaan.

Seorang pengunjung, Hakimi Iskandar Kamarudin, 25, berkata, ‘aset’ keindahan alam semula jadi itu bagaikan ‘cacat’ apabila kian dilitupi semak-samun sehingga tiada lagi pengunjung mahu berkelah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hanya pemancing yang singgah di lokasi yang turut dipenuhi dengan botol air dan bekas makanan.

“Wakaf (pondok) persinggahan yang dibina bagaikan tiada fungsi apabila orang ramai tidak dapat berkelah di kawasan tersebut.

“Pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya membiarkan kawasan ini bersemak-samun. Hal ini kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pengunjung, Razali Ismail, 42, berkata, laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali boleh disifatkan sebagai ‘hutan kecil’ kerana tidak diselenggara dengan baik.

Katanya, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera dengan membersihkan kawasan ini untuk kemudahan para pengunjung.

“Rugilah kalau lokasi berpotensi untuk agro pelancongan terbiar berbanding suasana awal pembukaan kawasan itu yang cantik dan ramai pengunjung,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya