Tengku Hassanal santuni 258 pelajar Cina, India di Bentong - Utusan Malaysia

Tengku Hassanal santuni 258 pelajar Cina, India di Bentong

TENGKU HASSANAL IBRAHIM Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mempelajari tradisi dan kebudayaan masyarakat Cina bersama pelajar SKJC Khai Mun Repas dalam kunjungan baginda ke sekolah berkenaan, di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seramai 258 pelajar kaum Cina dan India di dua buah sekolah di sini menerima kurnia yang disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Daripada jumlah itu, 105 penerima merupakan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Khai Mun Repas manakala 150 penerima lagi merupakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bentong.

Tengku Hassanal turut menyampaikan sumbangan kepada enam anak yatim dan seorang anak yatim piatu dari SKJC Khai Mun Repas. 

Dalam kunjungan itu, baginda turut berkenan melawat dari kelas ke kelas untuk berinteraksi serta beramah mesra bersama guru dan pelajar di samping mempelajari tradisi masyarakat Cina dan India menerusi aktiviti yang disediakan.

Dalam kesempatan itu juga, Tengku Hassanal turut menziarahi tiga buah kampung baru Cina iaitu Kampung Repas, Kampung Kemansur dan Kampung Perting.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 10 buah keluarga Cina terdiri dalam kalangan warga miskin, warga emas, golongan pesakit kronik dan kurang bernasib baik.

Ratusan penduduk kampung terbabit dikatakan turut keluar mengelilingi seluruh kampung bagi memuliakan keberangkatan tiba Pemangku Raja Pahang sebagai tanda ketaatan kepada Raja Pemerintah. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya