648 guru di Melaka tertekan, kemurungan

[SIDANG DUN] 648 guru di Melaka tertekan, kemurungan

MUHAMAD AKMAL Saleh menjawab ketika sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawab lisan Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 648 daripada 13,976 guru di Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan sehingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, angka itu diperoleh berdasarkan saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang dilakukan secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, seramai 28 guru atau 4.32 peratus dikesan berada pada tahap kemurungan.

SARINGAN

“Saringan yang dikendalikan Sektor Psikologi dan Kaunseling serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah untuk mengukur tahap tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru di negeri ini. Beberapa tindakan telah diambil seperti kaunseling, melaksanakan Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak) kepada semua warga JPN.

“Selain itu, turut dilaksanakan Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI), antaranya Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab), Program Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif Covid-19 ke arah melahirkan guru yang seimbang daripada setiap aspek,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawab lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Muhamad Akmal yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) mengenai punca kebanyakan guru di Melaka mengambil tindakan bersara awal.

Sementara itu, menjawab soalan dikemukakan Seah Shoo Chin (PH-Kesidang) mengenai peruntukan menaik taraf dan pembaikan sekolah, Muhamad Akmal memaklumkan, sekolah baharu akan dibina sekiranya sekolah sedia ada telah mencapai 36 bilik darjah fizikal bagi sekolah rendah dan 42 bilik darjah untuk sekolah menengah.

Katanya, permohonan projek baharu yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah melibatkan pusat tingkatan enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau.

“Terdapat juga naik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok di Jasin.

“Turut diberi perhatian, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya