Selesai isu pencen secara matang - Utusan Malaysia

Selesai isu pencen secara matang

SHARUDDIN Omar (dua dari kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abdul Ghani (kiri) menyerahkan sumbangan kepada seorang veteran tentera pada Majlis Makan Malam Amal 100 tahun Veteran di Seremban malam semalam. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menyifatkan tindakan sekumpulan 100 veteran tentera berhimpun secara aman di Shah Alam, Selangor pada 3 Julai lalu bagi mendesak kerajaan menyelesaikan isu pencen tersebut sebagai sesuatu yang tidak matang.

Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata, sikap yang lebih matang itu memberi impak negatif kepada bekas tentera, selain tidak bersesuaian dengan imej veteran yang kini berusia 100 tahun.

“Saya tidak rela melihat arah perjuangan mereka yang menjejaskan imej veteran. Sebagai contohnya, apabila mereka yang tidak berpencen namun memohon pencen, tentulah tidak boleh, tetapi mereka ini boleh diberikan elaun sara hidup atau elaun penghargaan. 

“Veteran tentera yang tidak berpencen menerima graduiti yang berbeza daripada veteran yang berpencen. Jadi perkataan pencen itu tidak sesuai,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal 100 Tahun Veteran dan Perasmian Penutupan Persidangan Perwakilan PVTAM Negeri Sembilan Kali Ke-68 di sini semalam.

PERJUANG

Sharuddin berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu pelarasan pencen veteran tentera dan berharap kerajaan memperincikan hal tersebut. 

“Kami telah memperjuangkan hal pelarasan pencen ini sejak tahun 2014 dan berharap kerajaan dapat memastikan isu ini selesai dan memberi kata putus kepada pihak veteran. 

“Kira-kira 60 peratus veteran yang hidup susah dan terdapat 95 peratus veteran yang terdiri daripada lain-lain pangkat telah memasuki Garis Kemiskinan Kebangsaan (PGK). 

“Kebanyakan mereka (veteran) adalah yang berpencen sebelum tahun 2014. Ada veteran yang berkhidmat sebagai pegawai waran pada tahun 1990 dan hanya mendapat pencen RM500 hingga ke RM600 sebulan,” katanya lagi.

Sementara itu, Sharuddin berkata, PVATM akan terus menjejaki kubur-kubur veteran tentera di negara ini supaya ia dapat diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik.

“Sebanyak 15 pusara yang telah kami jejaki dan terdapat yang tidak berada dalam keadaan baik, ada yang berada keadaan terjaga namun tidak ada sebarang simbol kepahlawanan mereka. 

“Kebanyakan mereka tumpas dalam pertempuran sebelum ini. Ada yang menganggap apabila mereka sudah meninggal dunia ia telah selesai, tetapi tidak, itu yang cuba kami baik pulih dan letakkan lambang di pusara mereka yang terkorban ini,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya