Radiance Agrotech sasar ternak 50,000 lembu

Radiance Agrotech sasar ternak 50,000 lembu

Mohd. Ezman Zamani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGALANYA bermula selepas sedar tentang kepentingan jaminan keselamatan makanan dan peningkatan harga daging yang terus meningkat pada masa kini. Malah apa yang dibimbangi, daging lembu yang kini mencecah hampir RM40 sekilogram hanya dapat dinikmati golongan berpendapatan tinggi pada satu masa nanti.

Disebabkan itu, Pengerusi Eksekutif Radiance Agrotech Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Ezman Zamani berkata, dia tidak gentar menceburkan diri dalam bidang yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Beliau juga tidak pernah menghiraukan segala sindiran orang lain biarpun memiliki pendidikan tinggi dengan menetapkan matlamat sendiri. 

“Semua orang  tanpa mengira status termasuk golongan berpendapatan rendah (B40) dapat menikmati daging lembu segar yang dikeluarkan di negara ini.

“Malah, saya juga tidak mahu rakyat di negara ini menikmati daging lembu ‘tiruan’ yang pada realitinya adalah daging kerbau import hanya disebabkan murah,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu anak jati Selangor ini berkata, dia juga mahu memastikan harga jualan lembu dapat diturunkan sekurang-kurangnya mencecah RM25 sekilogram dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kalau kita lihat baru-baru ini gaji minimum dilaksanakan pada kadar RM1,500 namun harga daging mencecah RM40 sekilogram. Jadi dengan harga sebegini adakah berpatutan untuk B40?” katanya.

Beliau turut menyasarkan untuk menternak dan menghasilkan 50,000 ekor lembu dalam tempoh lima tahun akan datang serta berhasrat untuk muncul sebagai pengeluar utama daging  itu di negara ini.

Kita dalam proses untuk import lembu dari Brazil dengan membiak baka Marlo menggunakan teknologi sedia ada. Sebagai permulaan, Radiance Agrotech sedang mengendalikan ladang lembu yang menempatkan 400 ekor lembu di pusat penyembelihan di Bangi, Selangor.

“Kami ingin menghasilkan ladang ternakan berteknologi tinggi yang dibawa dari Belanda,” jelasnya.

Tambah Mohd. Ezman, dengan menggunakan teknologi ini, hanya dua pekerja berada di dalam kandang dalam satu-satu masa.

“Tugas memberi  makanan, air dan najis diuruskan secara automatik tanpa sentuhan manusia dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai ladang ternakan lembu yang bebas penyakit kaki dan mulut (FMD).

“Ladang ini adalah bersepadu kerana sistemnya sama seperti luar negara. Produk siap daging lembu yang dihasilkan akan dijual di cawangan kedai-kedai Radiance Agrotech di bawah jenama RediMeat. 

“Inisiatif ini membolehkan kami menawarkan harga rendah di pasaran dengan sasaran penurunan antara 10 hingga 20 peratus berbanding harga sekarang,” jelasnya.

Syarikat sedang menubuhkan pasukan penghantaran dikenali Redi Ride untuk menghantar pesanan pelanggan, manakala perkhidmatan pembayaran tanpa tunai Redia Pay sudah beroperasi, sementara satu cawangan Redi Meat tersedia di Rawang, Selangor.

Ketika ini, Ladang Radiance Agrotech turut merangkumi ladang ternakan dan pusat penyembelihan di Bangi, Selangor dan Labis, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya