Perodua sumbang peralatan diagnostik perubatan - Utusan Malaysia

Perodua sumbang peralatan diagnostik perubatan

ZAINAL Abidin Ahmad (lima dari kanan) menyampaikan peralatan perubatan bernilai RM70,000 kepada Dr Ngian Hie Ung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perodua meneruskan sokongan kepada hospital awam dengan menyumbang peralatan diagnostik perubatan serta hamper kepada pesakit dan kakitangan Hospital Umum Sarawak dengan nilai keseluruhan sebanyak RM84,450.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, inisiatif tersebut adalah untuk menyokong misi kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara dan sebagai tanda terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang berdedikasi.

Katanya, sebanyak  tujuh unit Vital Sign Monitor iaitu peralatan diagnostik untuk memantau suhu badan, nadi dan kadar pernafasan serta tekanan darah serta hamper kepada pesakit dan kakitangan diserahkan di wad kanak-kanak di hospital tersebut.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Umum Sarawak atas khidmat mereka kepada masyarakat dan kami berharap agar sumbangan kami ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat Kuching dan Sarawak.

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat kami. Oleh itu, syarikat sentiasa berkomunikasi dengan Kementerian Kesihatan untuk memberikan bantuan yang terbaik bagi mengukuhkan sistem kesihatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn. Bhd,  JH Rozman Jaafar, Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr. Ngian Hie Ung dan Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr Norinawaty Abg. Daud.

Zainal Abidin berkata, penyerahan sumbangan tersebut adalah satu daripada syarikat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat negara ini.

“Selain itu, ini juga sebagai terima kasih terutamanya para pelanggan kami yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami selama ini,” ujarnya.

Sehingga kini, Perodua telah menyumbangkan peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam dan Hospital Kuala Kubu Bharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya