JERANTUT: Isu minyak masak peket bersubsidi yang sudah dua minggu terputus bekalan menimbulkan keresahan hampir 4,000 penduduk di Felda Jengka 24 dan Felda Sungai Retang di sini. Rata-rata penduduk di situ meluahkan rasa kecewa dan bimbang ketiadaan minyak masak peket satu kilogram itu akan berlarutan lebih lama lagi. Akibatnya, pengguna di dua tanah rancangan terbabit terpaksa membeli minyak masak botol dengan harga mahal lebih RM40 ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, penduduk di sini masih bernasib baik kerana bekalan minyak masak botol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya