Pendengaran saman berhubung Ordinan Darurat 3 Oktober

Pendengaran saman berhubung Ordinan Darurat 3 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Oktober ini untuk pendengaran saman pemula yang difailkan oleh Presiden Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan pertubuhan tersebut serta enam badan bukan kerajaan (NGO) terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Ordinan Darurat 2021.

Menurut peguam New Sim Yew, saman pemula yang difailkan pada 2 Februari 2021 itu akan didengar oleh Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.

“Mahkamah mengarahkan pihak pemohon untuk memfailkan hujahan bertulis pada 5 September ini manakala jawapan kepada hujahan bertulis itu, sekiranya ada, perlu difailkan sebelum atau pada 19 September ini,”katanya ketika dihubungi media selepas pengurusan kes tersebut yang dijalan secara dalam talian.

Pada 1 April 2021, Pengerusi Bersih, Fann Peng Tong, Bersih bersama enam NGO lain memfailkan saman pemula terpinda memohon deklarasi berhubung Ordinan Darurat 2021.

Enam NGO itu ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Center for Independent Journalism (CIJ), Aliran, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) dan Save Rivers.

Mereka juga memohon mahkamah menentukan isu yang ditimbulkan melalui empat persoalan yang dinyatakan dalam saman pemula itu.

Deklarasi yang domohon oleh kumpulan terbabit ialah bahawa bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah menyalahi undang-undang serta tidak berperlembagaan dan oleh itu, ordinan terbabit adalah terbatal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan.

Secara alternatifnya, mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah terbatal, tidak sah serta tidak mempunyai sebarang kesan kerana ia menyalahi undang-undang serta tidak berpelembagaan.

Turut dimohon ialah deklarasi bahawa Seksyen 15(d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 yang memasukkan Perkara 150(8) dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan menyingkir bidang kuasa Mahkamah adalah tidak berperlembagaan.

Sementara itu empat persoalan yang ditimbulkan ialah: sama ada Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang berkuat kuasa pada 14 Januari 2021 perlu dibentangkan dalam kedua-dua Dewan Parlimen sedangkan sidang kedua-dua Dewan telah ditangguhkan.

– Sama ada Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 telah antara lain mencacatkan operasi berhubung dengan pemanggilan, pemprorogan dan pembubaran Parlimen dan membatalkan apa-apa mesyuarat Parlimen yang belum dijalankan.

– Sama ada Seksyen 15(d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 yang memasukkan Fasal 150(8) dalam Perlembagaan Persekutuan telah menyingkir bidang kuasa Mahkamah

– Sama ada Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan, jika sah, menghalang Mahkamah untuk mengkaji dan menyemak keperlembagaan suatu ordinan yang telah dikuat kuatkan mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan..

Turut dimohon ialah relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya