Pemuda dipenjara kerana curi selipar - Utusan Malaysia

Pemuda dipenjara kerana curi selipar

MAHKAMAH Majistret Kangar menjatuhkan hukuman denda terhadap seorang individu atas kesalahan mencuri di Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri selipar, pada 28 Jun lalu.

Abdul Sukor Mat Darus, 39, dari Lorong Karanji Taman Jarak Bintong di sini dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali.

Bagi pertuduhan tersebut, bapa kepada tiga orang anak itu dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki selipar jenis Adidas yang dicuri pada 28 Jun lalu.

Berikutan itu, Abdul Sukor dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membuat pembayaran berkenaan.

Abdul Sukor bagaimanapun tidak dapat membayar denda tersebut.

Selain itu, tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan lain dalam prosiding sama.

Bagi pertuduhan berlainan, tertuduh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi iaitu seunit telefon bimbit jenis Samsung pada 6 Julai lalu.

Hukuman yang dikenakan bagi kesalahan ini ialah denda berjumlah RM2,500 dan penjara enam bulan sekiranya gagal membuat pembayaran berkenaan.

Selain itu, Abdul Sukor turut dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi iaitu seutas rantai emas pada 23 Mei lalu dan didenda RM3,000 atau penjara tujuh bulan jika gagal membuat pembayaran berkenaan.

Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh turut dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 411 kerana memiliki barang curi iaitu sebuah telefon bimbit jenis Samsung pada 6 Julai dan didenda sebanyak RM2,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi.

Keseluruhan kes tersebut, tertuduh didenda sebanyak RM8,500 dan jika gagal membayar dikenakan hukuman penjara selama 21 bulan.

Terdahulu, dalam prosiding berlainan, Abdul Sukor turut mengaku bersalah terhadap empat lagi pertuduhan atas kesalahan memiliki dan melupuskan barang curi.

Namun, Masjistret Kamaliza Md Zain menangguhkan sebutan hukuman pada 9 Ogos depan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya