Pelancongan mesra muslim dorong kemasukan pelawat

Pelancongan mesra muslim dorong kemasukan pelawat

pru15
NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Faktor negara Islam dan percutian mesra muslim mendorong kedatangan pelancong asing ke negara ini yang dijangka melepasi sasaran awal 4.5 juta orang sebelum ini.

Selain itu, aspek pergerakan dan kekerapan penerbangan secara terus turut menyumbang kepada peningkatan kemasukan mereka.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Malaysia menjadi tumpuan dan pilihan apabila pelancong mudah mendapatkan makanan halal, kemudahan hotel dan perkhidmatan lain yang mesra muslim.

“Kita menggalakan terutama sekali pelancong dari negara Arab Saudi, India, Brunei dan Indonesia. InsyaAllah, ini akan menyumbang pada jumlah yang tinggi bagi pelancong yang akan hadir ke Malaysia.

“Setakat ini, terdapat 54 hotel muslim di negara ini. Pada September ini kita akan semak balik, mungkin akan lebih dari angka 4.5 juta (sasaran pelancong awal),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Mardhiyyah Hotel and Suites, hari ini.

Beliau menambah, pertumbuhan pelancongan muslim juga berkembang sekiranya China membuka polisi pelancongan mereka kerana negara itu mempunyai penduduk Islam yang begitu tinggi dan gemar datang ke negara ini.

China ketika ini dikatakan mengamalkan polisi ‘sifar Covid’ dengan menghadkan perjalanan ke dan dari negara itu.

“Ini kerana kita telah mewujudkan ekosistem yang holistik untuk menyambut pelancong dari negara Islam” ujarnya.

Dalam pada itu, Nancy turut menjelaskan situasi dihadapi berkaitan keperluan tenaga kerja untuk industri pelancongan selepas Indonesia membekukan tenaga kerjanya, justeru beliau memohon kemasukan pekerja dari negara lain yang akan ditentukan oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Tugas Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) bukan menentukan dari negara mana sebab kita hanya membantu penggiat industri kita terutama sekali hotel untuk mendapatkan pekerja dari negara luar.

“Pada masa sama, kita tidak pernah berputus asa mencuba warga tempatan untuk memohon pekerjaan di hotel dan tempat lain sebagai kedi, spa dan menguruskan taman tema,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya