BAGAN SERAI: Nelayan tempatan meminta Jabatan Imigresen meneruskan operasi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menjalankan aktiviti sebagai nelayan dan menjaga rumah sangkar ikan atau kelong di perairan Kerian di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan, Mohd. Radzi, 52, berkata, serbuan Jabatan Imigresen dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen di perkampungan nelayan Kuala Gula di sini Jumaat lalu adalah tindakan yang mendapat pujian nelayan tempatan. Katanya, dipercayai ramai lagi PATI di daerah Kerian ini dan kebanyakan mereka aktif melakukan kerja penangkapan ikan di perairan Kerian pada waktu malam. “Pada waktu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya