SOP akan diketatkan jika kes Covid-19 meningkat - Khairy

SOP akan diketatkan jika kes Covid-19 meningkat – Khairy

Covid-19
PENGUNDI positif Covid-19 wajib pakai pelitup muka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan pertimbang untuk mengetatkan kembali prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes Covid-19 terus meningkat.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bagaimanapun berharap rakyat terus patuh pada pematuhan SOP yang diguna pakai sejak menghadapi pandemik berkenaan.

“Cukup setakat beri peringatan kepada orang ramai untuk terus patuh dengan SOP yang masih ada, pakai pelitup muka di kawasan tertutup.

“Namun, sekiranya kes meningkat, perlu kerajaan buat keputusan pertimbang nak ketatkan atau tidak. Tetapi, saya harap pematuhan secara sukarela dapat dimantapkan tanpa ada paksaan atau penguat kuasa melalui undang-undang yang dipakai sejak dua tahun lepas,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan  Sabri Azit (Pas-Jerai), adakah kerajaan bercadang mengetatkan kembali SOP berikutan kes Covid-19 yang kini semakin meningkat.

Semalam, Kementerian Kesihatan mendedahkan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima Covid-19 ke hospital awam meningkat sebanyak 33 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 (ME 28/2022). –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya