‘Kambing pun kena rogol’-Fuziah  - Utusan Malaysia

‘Kambing pun kena rogol’-Fuziah 

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah pihak yang cepat menghukum wanita berpakaian seksi menjadi punca dirogol dibidas ahli Parlimen pembangkang. 

Fuziah Salleh (PH-Kuantan) berkata, sikap menghukum itu tidak membantu mangsa-mangsa rogol untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sebagai contoh, kambing juga tidak berpakaian seksi, tetapi wujud kes binatang itu dirogol sehingga mati.

“Nenek 74 tahun kena rogol. Kanak-kanak lima tahun kena rogol. Remaja lelaki pun kena rogol.

“Malah, kambing pun kena rogol sampai mati kambing itu. Adakah mereka berpakaian seksi. Jadi, hujah-hujah (ini) tak rasional (untuk) bela nasib rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat semasa membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti-gangguan Seksual 2021 di Dewan Rakyat.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun membentangkan RUU itu bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat.

Antara lain dalam RUU itu, saman yang dikeluarkan oleh tribunal dicadangkan boleh dikuatkuasakan menyamai bidang kuasa mahkamah.

Kata Rina, RUU itu memperuntukkan pengecualian bidang kuasa mahkamah jika suatu aduan gangguan seksual sudah dibuat oleh mana-mana individu kepada tribunal. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya