Paliko Malaysia giat kesan susur galur keturunan minang - Utusan Malaysia

Paliko Malaysia giat kesan susur galur keturunan minang

AHLI Paliko Malaysia dan penduduk setempat yang hadir pada Majlis Korban Perdana di Jalan Keretapi Lama, Juasseh, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Minang Payakumbuh 50 Kota Malaysia (Paliko Malaysia) kini dalam usaha mengumpul dan mengesan susur galur serta warisan masyarakat berkenaan yang dipercayai mulai berhijrah ke Tanah Melayu seawal tahun 1900-an.

Presidennya, Syahrial Tarmizi berkata, Paliko Malaysia berkenaan baru sahaja diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 12 April lalu dan sehingga kini sebanyak 150 buah keluarga daripada masyarakat tersebut berjaya dikesan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun pertubuhan berkenaan masih berusia setahun jagung, pihaknya proaktif mengumpulkan data-data berkaitan bertujuan memastikan masyarakat Minang Payakumbuh 50 Kota turut sama menyumbang kepada negara.

“Rata-rata yang ada sekarang ialah generasi keempat dan berikutnya, kami yakin ada di antara generasi Paliko di Malaysia ini yang bergelar guru serta menjawat jawatan dalam kerajaan.

“Oleh itu, kami berhasrat mengumpul data masyarakat ini, kami sudah berjaya mengesan 50 buah keluarga di Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Paliko Malaysia di Jalan Keretapi Lama, Juasseh, di sini, hari ini.

Ujar Syahrial, program korban membabitkan tujuh ekor lembu itu merupakan program ketiga yang dianjurkan Paliko Malaysia sejak ia diluluskan penubuhannya.

“Kesemua haiwan korban ini merupakan hasil penyertaan daripada ahli Paliko Malaysia sendiri untuk diagihkan kepada asnaf setempat dan ahli-ahli yang memerlukan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya