Nelayan hadapi 10 tuduhan jual beli bot tidak wujud - Utusan Malaysia

Nelayan hadapi 10 tuduhan jual beli bot tidak wujud

Nelayan, Mohd. Azrim Ali, 36, didakwa 10 tuduhan menipu jual beli bot tidak wujud di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini atas 10 pertuduhan menipu urusan jual beli bot dan peralatan menangkap ikan melibatkan nilai kerugian sebanyak RM25,000, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azrim Ali, 36, mengaku bersalah bagi empat pertuduhan manakala enam lagi minta dibicarakan.

Kesemua pertuduhan disebutkan dalam mahkamah berasingan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah dan Ainis Abu Bakar Shaari.

Tertuduh didakwa memperdaya sehingga mendorong seorang lelaki membuat bayaran secara dalam talian antara RM300 hingga RM5,000 untuk pembelian bot dan peralatan menangkap ikan sedangkan barangan yang ditawarkan itu tidak wujud.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Seri Galing, Lorong  Seri Setali 38, antara April hingga Mei tahun lalu.

Bagi semua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta  boleh dikenakan denda.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aini Adilah Muhammad Faizal.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan tertuduh diberikan jaminan RM15,000 bagi empat pertuduhan awal dengan seorang penjamin bercagar manakala enam pertuduhan lain, mahkamah meletakkan jaminan berjumlah RM12,000 juga dengan seorang penjamin bercagar.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 19 Julai dan 21 Julai ini bagi pengurusan kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya