NCT Group, OUM pacu 4IR di tempat kerja - Utusan Malaysia

NCT Group, OUM pacu 4IR di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah terkenal NCT Group of Companies  (NCT Group) terus memacu evolusi tempat kerja generasi akan datang melalui lebih banyak inisiatif Revolusi Industri 4.0 (4IR) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

Sehubungan itu, Kumpulan NCT telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) terbaharunya dengan Open University Malaysia (OUM), diikuti MoU sebelum ini dengan Kolej University Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Institut VTAR (VTAR). 

MoU dengan institusi pengajian tinggi dilakukan untuk memainkan peranan dalam membentuk tenaga kerja tempatan seiring dengan perubahan landskap tempat kerja di mana 4IR akan melihat penggunaan teknologi pintar dan kecekapan yang dipertingkatkan untuk membolehkan produktiviti yang kebjh tinggi. 

Dengan membuka peluang untuk mengasah kemahiran dan keupayaan, inisiatif itu memastikan graduan lebih bersedia untuk tempat kerja 4IR. 

Pengasas dan Pengarah Urusan NCT Group, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, 4IR akan menjadi penyumbang teras kepada ekonomi digital negara.

“Pelaburan berterusan kami dalam inisiatif berasaskan 4IR melalui kerjasama dengan kemudahan tertiari akan membolehkan kami berkongsi pengalaman sebenar tentang pengalaman dan jangkaan industri.

“Kali ini, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan OUM untuk menyokong transformasi pelajar mereka dan memenuhi keperluan tempat kerja IR dengan lebih baik. 

“Memandangkan landskap perniagaan yang berubah dengan pantas, adalah penting bagi pelajar untuk menjadi lebih berkemahiran tinggi dengan memahami teknik baharu dan sistem pintar yang akan menyepadukan organisasi dan orang ramai secara mampan ketika kita menjadi negara berpendapatan tinggi,”  katanya dalam kenyataan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR), Muhammad Afiq Bin Redzuan berkata, pihaknya memuji NCT Group kerana memberi peluang kepada pelajar mereka. 

“Tiba masanya mula menyediakan pelajar untuk 4IR supaya mereka boleh memperoleh kemahiran yang lebih jelas dan memenuhi tuntutan dan cabaran baharu di tempat kerja yang sentiasa berubah.

“Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan untuk mengukuhkan asas kecekapan pelajar kami dan menjadikan mereka lebih bersedia untuk masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya