Nantha Kumar Ketua Pegawai Digital KPJ Healthcare - Utusan Malaysia

Nantha Kumar Ketua Pegawai Digital KPJ Healthcare

Nantha Kumar Subramanian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad melantik Nantha Kumar Subramanian sebagai Ketua Pegawai Digital baharu KPJ Healthcare, berkuat kuasa 1 Julai 2022.

Nantha Kumar mengambil alih jawatan tersebut daripada Yap Chee Wai, yang sebelum ini telah meletak jawatannya untuk mengejar peluang lain.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pihaknya yakin terhadap kewibawaan Nantha Kumar untuk mengetuai Jabatan Perkhidmatan Teknologi Kumpulan di samping menerajui perjalanan keseluruhan transformasi digital syarikat yang merupakan sebahagian daripada pelan pertumbuhan strategik kami.

“Kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang teknologi dan penyelesaian digital akan merintis jalan bagi membina masa depan digital di KPJ Healthcare,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum menyertai KPJ Healthcare, Nantha merupakan ketua sebuah syarikat teknologi kewangan antarabangsa, Perfios Software Solutions Pvt. Ltd. di Malaysia.

Sepanjang tempoh 22 tahun beliau menimba pengalaman dalam bidang kewangan dan pembuatan berteknologi tinggi di London, Eropah dan Asia, Nantha telah memimpin Transformasi empat syarikat kewangan dan pengguna, di mana beliau memainkan peranan penting melaksanakan penghematan kos dan menambah baik operasi.

Di samping itu, sepanjang kerjayanya, Nantha telah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan, termasuk Ketua Pegawai Operasi Standard Chartered Bank bagi Perbankan Runcit dan Ketua Transformasi (Perniagaan & Digital), Ketua Kecemerlangan Proses Global dan Transformasi bagi Kumpulan HSBC dan Perunding Operasi dan Kecemerlangan Proses bagi UBS U.K, dan juga Pengarah Operasi dan ketua proses kejuruteraan bagi empat syarikat pengilangan yang berpangkalan di United Kingdom.

Nantha telah menerima ijazah Kejuruteraan Sistem Pembuatan daripada Liverpool John Moore University pada 2000. Beliau juga merupakan alumni bagi pelbagai program termasuk Kepimpinan Prestasi Tinggi (Oxford), Strategi Transformasi Digital (Boston), Strategi Terhubung, Transformasi Digital (Wharton), Perbankan Islam (INCIEF) dan Kelestarian (WWF & HSBC).

Nantha juga memegang Tali Pinggang Hitam Master dalam Lean Sigma dan dilatih dalam bidang Agile, RPA, dan Perkomputeran Awan & Keselamatan Siber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya