Myvi rempuh kedai laksam selepas dilanggar Viva

Myvi rempuh kedai laksam selepas dilanggar Viva

SEBUAH kedai menjual laksam rosak selepas dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Batu 8 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Sebuah kereta Perodua MyVi merempuh kedai menjual laksam sehingga rosak selepas dilanggar dari arah belakang oleh Perodua Viva dalam di Batu 8 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kadok di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kejadian pukul 8 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 38 tahun dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, setiba di lokasi wanita berkenaan yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah memberi isyarat ke kiri selain memperlahankan kereta untuk diparkir di hadapan kedai tersebut.

“Secara tiba-tiba kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 42 tahun yang menghala ke Kota Bharu tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang Perodua Myvi.

“Pelanggaran menyebabkan kereta Myvi telah bergerak ke hadapan dan terus melanggar kedai laksam tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Sebelum ini, dalam kejadian pada 20 Julai lalu  seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Myvi merempuh pintu sebuah kedai serbaneka 24 jam di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya