KANGAR: Dalam musim orang ramai mengalami demam dan selesema, ketiadaan beberapa jenis ubatan asas khususnya Panadol Soluble yang terputus bekalan sejak beberapa bulan lalu sangat memberi kesan. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa farmasi termasuk kedai-kedai runcit di sekitar negeri ini mendapati bekalan Panadol Soluble sudah sekian lama tidak ada di sebalik permintaan terhadap ubatan tersebut sangat tinggi. Beberapa jenis paracetamol atau ‘panadol’ biasa lain jenis 500mg dan ActiFast pula didapati kembali ada selepas turut mengalami putus bekalan sebelum ini. Menurut seorang pekerja farmasi di Balai Baru, Beseri yang hanya mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya