Mini Zoo Kuala Krai dibuka semula - Utusan Malaysia

Mini Zoo Kuala Krai dibuka semula

AHMAD Yakob (kanan) melihat spesis haiwan yang terdapat di Mini Zoo Kuala Krai selepas Program Perasmian Mini Zoo Kuala Krai dan Jupo Mato Bersama Rakyat Peringkat Jajahan Kuala Krai, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Selepas 17 tahun ditutup, Kerajaan Kelantan hari ini secara rasminya membuka semula Mini Zoo Kuala Krai, di sini dengan menampilkan ‘wajah’ baharu sekali gus bakal menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini adalah hasil cetusan idea selepas pihak kerajaan melihat kurangnya lokasi-lokasi pelancongan untuk dilawati di khususnya di Jajahan Kuala Krai.

“Mini Zoo ini mula dibina oleh pihak Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 2020 dengan peruntukan berjumlah RM2.5 juta.

“Pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini pasti dapat meningkatkan lagi aktiviti sektor pelancongan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Perasmian Mini Zoo Kuala Krai dan Jupo Mato Bersama Rakyat Peringkat Jajahan Kuala Krai di sini, hari ini.

Ahmad memberitahu, terdapat lebih 50 spesis haiwan di Mini Zoo Kuala Krai dan menyasarkan hampir 5,000 pengunjung pada setiap bulan.

Katanya, Mini Zoo Kuala Krai ini berkonsepkan ‘symbiotic pith’ iaitu ‘Manusia dan Alam’ yang saling bergantungan antara satu sama lain (symbiotic) dalam satu pusat tumpuan rekreasi (pith).

“Selain itu, kita turut gunakan konsep petting zoo di mana pengunjung dapat berinteraksi dan memberi makan sendiri kepada haiwan yang ada di sini serta bangunan Mini Aquaria yang menempatkan pelbagai spesies ikan. 

“Mini Zoo Kuala Krai ini beroperasi setiap hari bermula pukul 9.30 pagi sehingga 6 petang dengan harga tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk warga emas dan kanak-kanak, manakala orang kurang upaya (OKU) adalah percuma,” ujarnya.

Ahmad berkata, sepanjang tempoh sebulan ini, kerajaan memberikan harga promosi sehingga 20 peratus untuk tiket masuk iaitu RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.

Sejarah Mini Zoo Kuala Krai bermula pada tahun 1964 dan beroperasi pada 24 Disember 1964 diatas tanah seluas 0.4 hektar  sebelum dipindahkan ke Bukit Banding di atas tanah seluas 2.2 hektar pada tahun 1989.

Seterusnya pada tahun 2005, Zoo Kuala Krai ditukarkan status kepada Taman Burung Kuala Krai sebelum ditamatkan operasinya pada tahun 2011. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya