Mayat nelayan ditemukan dalam parit - Utusan Malaysia

Mayat nelayan ditemukan dalam parit

ANGGOTA polis mengusung mayat Mohd. Azizul Hafiz Abdullah yang ditemukan dalam parit di Kampung Rajawali, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Misteri kehilangan seorang nelayan sejak dua minggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam parit di tepi jalan, di Kampung  Rajawali di sini, hari ini.

Mayat Mohd. Azizul Hafiz Abdullah, 42, ditemukan terbaring oleh penduduk kira-kira pukul 3 petang, sebelum melaporkannya kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan bersama motosikal Honda Dash milik mangsa, kira-kira satu kilometer dari kediaman mangsa. 

“Kita menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada Selasa lepas selepas lelaki tersebut gagal dihubungi ahli keluarganya. 

“Berdasarkan kesan brek calar serta kerosakan pada motosikal, kita percaya mangsa mengalami kemalangan sebelum terhumban ke dalam parit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, adik mangsa, Ahmad Zulnasri, 40, berkata abangnya yang tinggal bersendirian dan tidak berkahwin, gagal dihubungi sejak 1 Julai lalu.

“Kali terakhir kami jumpa dia ialah pada 30 Jun lalu, ketika dia pergi rumah ibu di Kampung Pulau Serai dan dia ada mengadu pada ibu, dia demam dan sakit kepala. 

“Puas kami cari mangsa di sekitar Dungun hingga ke Paka, tak jumpa,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya