Mayat lelaki dengan kesan torehan dalam bangunan 

Mayat lelaki dengan kesan torehan dalam bangunan 

POLIS mengusung mayat lelaki yang ditemukan dengan beberapa kesan torehan pada tangan dan kaki di sebuah bangunan terbiar di Kampung Kuchai, Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemukan dengan beberapa kesan torehan di tangan dan kaki di sebuah bangunan terbiar di Kampung Kuchai di sini petang semalam.

Lelaki berusia 55 tahun itu dijumpai orang awam dalam keadaan terlentang dengan kesan darah sekitar pukul 2 petang sebelum memaklumkan kepada polis

Sebilah pisau lipat turut ditemukan berhampiran si mati selain beberapa peralatan dipercayai bagi aktiviti penagihan dadah.

Mayat lelaki berkenaan dibawa keluar oleh pihak polis sekitar pukul 7 petang dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, bangunan yang merupakan bekas sekolah itu telah lama terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah.

Katanya, dia yang tinggal berhampiran premis itu sering melihat ramai orang bersilih ganti memasuki bangunan berkenaan.

“Saya terkejut apabila lihat ramai polis berkumpul di sana dan diberitahu ada orang mati. 

“Sejak pagi, saya tidak dengar pun bunyi orang bergaduh atau jeritan. Bangunan itu telah lama dibiarkan kosong dan mungkin juga dijadikan lokasi penagih dadah berkumpul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya