Mat Kilau: Dibayar mahal, Adi lebih selesa kunci mulut

Mat Kilau: Dibayar mahal, Adi lebih selesa kunci mulut

ADI PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran tinggi membawa watak Mat Kilau untuk filem arahan Syamsul Yusof.

Namun, untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima, Adi, 41, lebih selesa kunci mulut.

“Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.

“Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu,” katanya.

Adi ditemui dalam majlis tayangan amal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan anjuran Biro Media Sosial Pu­teri UMNO Malaysia dan Kretip Malaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Ditanya pandangannya tentang isu kutipan cukai hiburan yang hangat dibincangkan, Adi enggan mengulas panjang.

Katanya, penerbit filem le­bih layak bersuara.

“Tinggi atau rendah kutipan cukai itu, ia dari sudut perniagaan dan saya tak boleh sentuh.Berbalik kepada empunya. Tapi kalau nak cakap pasal hal ini, rasanya lebih baik kita naratif dari sudut positif.

“Ia supaya penyatuan kita ini akan mara bila kita bersama-sama ke arah kejayaan. Kritikan akan jadi isu dan itu adalah lumrah sebab kalau tak ada yang menyuarakan, mungkin tidak ada yang sedia maklum.

“Tapi itulah yang kita ingin­kan. Keprihatinan agar ada berlaku perubahan pada masa hadapan. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang,”katanya.

Ditanya sama dia juga menanti pengumuman penghasilan sekuel filem Mat Kilau, Adi bagaimanapun teruja jika benar perkara itu direalisasikan.

“Kalaulah ada, Alhamdulillah. Saya serahkan kepada penerbit. Saya ini cuma barisan pelakon saja. Kita sama-sama doakan andai benar ada se­kuel,” katanya.

Sehingga semalam, jumlah kutipan filem Mat Kilau mencecah RM47 juta dalam tempoh 11 hari tayangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya