Masjid Al-Azim korban 10 ekor lembu - Utusan Malaysia

Masjid Al-Azim korban 10 ekor lembu

MOHD. ALI Mohd. Rustam (tiga dari kiri) melapah daging korban sebelum diagihkan kepada orang ramai pada program korban berkelompok di luar pekarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak sepuluh ekor lembu disembelih pada program ibadah korban berkelompok Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Azim, Ayer Keroh di sini hari ini.

Majlis yang diadakan di luar pekarangan masjid negeri itu dilakukan secara gotong-royong selepas solat sunat Aidiladha.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.

Mohd. Ali turut bersama membantu menimbang daging korban yang selesai dilapah, sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, di Masjid Tengkera, Banda Hilir di sini pula, kuantiti haiwan yang dikorbankan meningkat tahun ini, walaupun berlaku kenaikan harga lembu dan kambing.

Setiausaha masjid, Rashid Haron berkata, pada kali ini sebanyak 18 ekor lembu dan 27 ekor kambing akan dikorbankan.

Katanya, kuantiti itu meningkat berbanding hanya 13 ekor lembu dan 17 ekor kambing sahaja ditumbangkan tahun lalu.

“Alhamdulillah, meskipun harga haiwan korban meningkat dan bahan mentah seperti yang dikeluarkan di berita-berita saban hari, namun, kuantiti haiwan korban pada tahun ini turut meningkat.

“Ramai kariah seolah membalas dendam dapat melaksanakan ibadah korban ini secara normal berbanding ketika zaman pandemik tahun lalu,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya